Pages

Harga pengenalan dan termurah di pasaran

COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL


(Harga promosi RM35)
(Harga biasa RM38)

SEKARANG...

***Rm 33/pc (2 inserts)***

>>>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday, November 24, 2009

Cara membersihkan CD

Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali menggunakannya.
Gunakan sedikit saja sabun, kira-kira 1/4 sukatan.
Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) (sabun murah ke) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.2.

Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper.
Jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa.
Jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo,
Supaya CD tahan lebih lama masukkan ke dalam laundry net.

JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'.
Gunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada.
Jika cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
Simpana tidak boleh lebih dari 3 hari.

Sekiranya 'insert' sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya.
Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
Ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran.
Kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.
Matahari juga merupakan peluntur yang terbaik.

Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight'.
Kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.
Biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

No comments: